My-PEMANTAUAN
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Who is online?
In total there are 9 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 9 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 130 on Thu Jul 04, 2019 9:52 am
Latest topics
» Mesyuarat Agung KSH JPS Kudat 2015-2017
by Lawrence Dexter Wed Jul 08, 2015 10:15 am

» Majlis Persaraan En. Guati Sator
by ME Mon Feb 24, 2014 10:27 am

» Mesy KSH 1/2014 (14/2/2014)
by ME Thu Feb 13, 2014 12:33 pm

» Menawan Puncak Kinabalu - Aktiviti Tahunan KSH JPS KK dengan Kerjasama Taman-Taman Sabah Pada 24-25/11/2013
by ME Thu Dec 12, 2013 12:15 pm

» Beautiful Sayap(Pt.1)
by zaffin Sat Aug 24, 2013 10:04 am

» Terimakasih
by ME Thu Aug 01, 2013 11:48 am

» KSH KOTA KINABALU - AGM dan pemilihan sesi 2013-2015
by ME Thu Aug 01, 2013 10:59 am

» Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Bil 2/2013, JPS Sabah
by Francis Jinir Mon Apr 29, 2013 10:24 am

» Jemputan Menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan & Hari Keluarga KSH JPS Sabah 2013
by Francis Jinir Mon Apr 15, 2013 2:57 pm

» PageTweak -install utk halang iklan2
by ME Wed Apr 10, 2013 8:50 pm

» Lab Pemantapan Pelaksanaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan JPS Malaysia (sesi 2)
by Francis Jinir Tue Apr 09, 2013 11:15 am

» KSH JPS KUDAT
by Lawrence Dexter Fri Mar 15, 2013 11:27 am

» Bowling Piala Pengarah 2013
by ME Tue Mar 12, 2013 11:28 am

» Pengumuman... JIKA ANDA STAF JPS
by ME Tue Mar 12, 2013 11:27 am

» Blood Pressure Monitor
by ME Fri Mar 08, 2013 2:02 pm

PMP Ikon


Gempar motosikal terbang, tiga remaja cedera

Go down

Gempar motosikal terbang, tiga remaja cedera Empty Gempar motosikal terbang, tiga remaja cedera

Post by ME Fri Nov 02, 2012 4:41 pm

Sinar Harian Online
[Only admins are allowed to see this image]

Gempar motosikal terbang, tiga remaja cedera
NORHAFIZAN ZULKIFLI
18 Oktober 2012

Motosikal yang ditunggang remaja terbabit tersangkut di atap rumah milik Ramlah.

JENGKA 4 - Penduduk Felda Jengka 4 digemparkan dengan kejadian motosikal terbang dan tersangkut di atas atap garaj salah sebuah rumah milik peneroka tanah rancangan terbabit, petang kelmarin.

Motosikal terbabit yang dinaiki tiga remaja berusia 16 tahun itu dikatakan terbabas sebaik sahaja keluar dari satu simpang kerana gagal mengawal brek lalu merempuh atap garaj rumah milik Ramlah Seman, 55, yang berada dalam kedudukan kira-kira tiga meter lebih rendah dari jalan tersebut.

Ramlah berkata, ketika kejadian, dia dan anak serta cucunya sedang berehat di dapur rumahnya.

“Tiba-tiba saya terdengar satu dentuman kuat seakan-akan bunyi guruh namun tidak mengesyaki apa-apa.

“Tidak lama kemudian saya mendengar riuh rendah di luar rumah memanggil nama saya dan memberitahu ada motosikal tersangkut di atap garaj rumah saya,” katanya.

Sebaik sahaja keluar rumah, Ramlah memberitahu, orang ramai sedang berkerumun di hadapan rumahnya menyaksikan kejadian yang belum pernah terjadi sepanjang tinggal di tanah rancangan terbabit.

“Saya meminta jiran-jiran untuk menurunkan dua orang remaja yang tercampak di atas atap rumah saya,” katanya yang memberitahu jiran-jiran turut membantu menurunkan motosikal tersebut dari bumbung rumahnya.

Suaminya, Mat Yusuf Noh, 66, berkata, kejadian yang berlaku sekitar jam 4.30 petang itu menyebabkan sebahagian atap garaj rumahnya rosak.

“Kejadian ini sebenarnya bukan kejadian pertama menimpa keluarga saya di mana sebelum ini, rumah ini pernah dilanggar sebuah kereta yang terbabas di simpang di hadapan rumah saya ini.

“Sebahagian dinding batu roboh, namun bernasib baik kerana secara kebetulan, tiada kereta diletakkan di bawah garaj tersebut,” katanya.

Penunggang motosikal terbabit, Muhammad Fikri Saridan, 16, yang patah kaki dan tangan, sempat terjun dari motosikal tersebut sebelum tercampak ke atas atap.

Sinar Harian dimaklumkan, dua rakan sebaya Muhammad Fikri yang membonceng motosikal tersebut turut tercampak ke atas atap.

Salah seorangnya patah tangan dan masih di rawat di Hospital Jengka manakala seorang lagi cedera ringan
ME
ME

Posts : 1561
Join date : 2009-06-22
Location : KOTA KINABALU

Back to top Go down

Gempar motosikal terbang, tiga remaja cedera Empty Re: Gempar motosikal terbang, tiga remaja cedera

Post by ME Fri Nov 02, 2012 4:41 pm

contoh "unsafe act"
ME
ME

Posts : 1561
Join date : 2009-06-22
Location : KOTA KINABALU

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum