My-PEMANTAUAN
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 130 on Thu Jul 04, 2019 9:52 am
Latest topics
» Mesyuarat Agung KSH JPS Kudat 2015-2017
by Lawrence Dexter Wed Jul 08, 2015 10:15 am

» Majlis Persaraan En. Guati Sator
by ME Mon Feb 24, 2014 10:27 am

» Mesy KSH 1/2014 (14/2/2014)
by ME Thu Feb 13, 2014 12:33 pm

» Menawan Puncak Kinabalu - Aktiviti Tahunan KSH JPS KK dengan Kerjasama Taman-Taman Sabah Pada 24-25/11/2013
by ME Thu Dec 12, 2013 12:15 pm

» Beautiful Sayap(Pt.1)
by zaffin Sat Aug 24, 2013 10:04 am

» Terimakasih
by ME Thu Aug 01, 2013 11:48 am

» KSH KOTA KINABALU - AGM dan pemilihan sesi 2013-2015
by ME Thu Aug 01, 2013 10:59 am

» Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Bil 2/2013, JPS Sabah
by Francis Jinir Mon Apr 29, 2013 10:24 am

» Jemputan Menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan & Hari Keluarga KSH JPS Sabah 2013
by Francis Jinir Mon Apr 15, 2013 2:57 pm

» PageTweak -install utk halang iklan2
by ME Wed Apr 10, 2013 8:50 pm

» Lab Pemantapan Pelaksanaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan JPS Malaysia (sesi 2)
by Francis Jinir Tue Apr 09, 2013 11:15 am

» KSH JPS KUDAT
by Lawrence Dexter Fri Mar 15, 2013 11:27 am

» Bowling Piala Pengarah 2013
by ME Tue Mar 12, 2013 11:28 am

» Pengumuman... JIKA ANDA STAF JPS
by ME Tue Mar 12, 2013 11:27 am

» Blood Pressure Monitor
by ME Fri Mar 08, 2013 2:02 pm

PMP Ikon


Ramai pekerja hidapi penyakit akibat stres

Go down

Ramai pekerja hidapi penyakit akibat stres Empty Ramai pekerja hidapi penyakit akibat stres

Post by ME Fri Oct 12, 2012 9:43 am

Ramai pekerja hidapi penyakit akibat stres
SINAR HARIAN
12 Oktober 2012

KUALA LUMPUR - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mengenal pasti hilang pendengaran, penyakit kulit dan penyakit paru-paru sebagai penyakit berbahaya yang sering menghantui kalangan pekerja di abad ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan berkata, pekerja menghidapi tiga penyakit itu akibat tekanan atau stres di tempat kerja.

"Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) juga telah mengenal pasti tekanan di tempat kerja sebagai satu bencana paling utama dan perlu ditangani dengan segera," katanya ketika berucap di majlis pelancaran Seminar Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2012 di Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam.

Menurutnya, penyakit hilang pendengaran disebabkan bunyi bising di tempat kerja mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 867 kes pada tahun lepas tetapi menurun 26 peratus berbanding 1,173 kes pada 2010 .

Beliau berkata, mengikut Akta Kilang dan Jentera 1967, Peraturan-peraturan Kilang dan Jentera (Pendedahan Bising), pekerja tidak boleh terdedah melebihi 90 decibel secara berterusan atau melebihi had-had yang dinyatakan di dalam Jadual Pertama atau melebihi dos bising harian serta tiada pekerja boleh terdedah kepada paras bising melebihi 115 decibel pada bila-bila masa.

Menurut beliau, sebanyak 102 kes penyakit kulit dilaporkan tahun lepas menurun empat peratus berbanding 106 kes pada 2010, manakala penyakit paru-paru mencatat 101 kes tahun lepas iaitu meningkat 37 peratus, berbanding 63 kes pada 2010.

Pekerja yang terdedah kepada bahan kimia, habuk kayu yang membawa kepada alahan atau keradangan kulit akan mengakibatkan penyakit kulit kepada pekerja, katanya.

Maznah berkata, daripada 1,198 kes yang dilaporkan tahun lepas, sektor pengilangan mencatatkan bilangan penyakit dan keracunan pekerjaan disiasat paling banyak iaitu 559 kes diikuti sektor kemudahan (92 kes) dan sektor perkhidmatan awam (81 kes).

Beliau berkata, rekod Pertubuhan Keselamatan Sosial menunjukkan bilangan kes yang terlibat dengan bencana pekerjaan dan penyakit pekerjaan meningkat setiap tahun.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan pengamal bidang kesihatan perubatan mewujudkan persatuan khas bagi menjaga kebajikan pekerja selain meningkatkan usaha menerapkan ilmu pengetahuan, kepekaan tentang keselamatan kesihatan pekerjaan dan melaporkan kes bencana tempat kerja dan penyakit pekerjaan kepada JKKP.

Seminar tersebut dianjurkan JKKP dengan kerjasama HKL dalam usaha mengurangkan kemalangan di tempat kerja melalui pendedahan mengenai hazad kesihatan selain mengenal pasti penyakit dan keracunan pekerjaan yang seringberlaku di tempat kerja. - Bernama
ME
ME

Posts : 1561
Join date : 2009-06-22
Location : KOTA KINABALU

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum