My-PEMANTAUAN
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Who is online?
In total there are 6 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 6 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 130 on Thu Jul 04, 2019 9:52 am
Latest topics
» Mesyuarat Agung KSH JPS Kudat 2015-2017
by Lawrence Dexter Wed Jul 08, 2015 10:15 am

» Majlis Persaraan En. Guati Sator
by ME Mon Feb 24, 2014 10:27 am

» Mesy KSH 1/2014 (14/2/2014)
by ME Thu Feb 13, 2014 12:33 pm

» Menawan Puncak Kinabalu - Aktiviti Tahunan KSH JPS KK dengan Kerjasama Taman-Taman Sabah Pada 24-25/11/2013
by ME Thu Dec 12, 2013 12:15 pm

» Beautiful Sayap(Pt.1)
by zaffin Sat Aug 24, 2013 10:04 am

» Terimakasih
by ME Thu Aug 01, 2013 11:48 am

» KSH KOTA KINABALU - AGM dan pemilihan sesi 2013-2015
by ME Thu Aug 01, 2013 10:59 am

» Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Bil 2/2013, JPS Sabah
by Francis Jinir Mon Apr 29, 2013 10:24 am

» Jemputan Menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan & Hari Keluarga KSH JPS Sabah 2013
by Francis Jinir Mon Apr 15, 2013 2:57 pm

» PageTweak -install utk halang iklan2
by ME Wed Apr 10, 2013 8:50 pm

» Lab Pemantapan Pelaksanaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan JPS Malaysia (sesi 2)
by Francis Jinir Tue Apr 09, 2013 11:15 am

» KSH JPS KUDAT
by Lawrence Dexter Fri Mar 15, 2013 11:27 am

» Bowling Piala Pengarah 2013
by ME Tue Mar 12, 2013 11:28 am

» Pengumuman... JIKA ANDA STAF JPS
by ME Tue Mar 12, 2013 11:27 am

» Blood Pressure Monitor
by ME Fri Mar 08, 2013 2:02 pm

PMP Ikon


Lee Chong Wei

2 posters

Go down

Lee Chong Wei Empty Lee Chong Wei

Post by ME Wed Mar 07, 2012 11:45 am

Lee Chong Wei 1102
ME
ME

Posts : 1561
Join date : 2009-06-22
Location : KOTA KINABALU

Back to top Go down

Lee Chong Wei Empty Re: Lee Chong Wei

Post by ME Wed Mar 07, 2012 11:48 am

sengaja saya muatkan cerita mengenai Datuk Lee Chong Wei dalam portal ini kerana

a. LCW merupakan individu yang bermula sangat humble namun telah meniti satu demi satu langkah sehingga berjaya

b. LCW adalah antara permata zaman ini yang muncul dalam kesuraman para atlet lain

c. personaliti beliau sentiasa memukau walaupun dalam keadaan yang runcing
ME
ME

Posts : 1561
Join date : 2009-06-22
Location : KOTA KINABALU

Back to top Go down

Lee Chong Wei Empty Re: Lee Chong Wei

Post by ME Wed Mar 07, 2012 11:49 am

Chong Wei perlu kejar hatrik Seluruh England
Oleh Hussain Said
hussain@bharian.com.my
2012/03/06


WALAUPUN sasaran utama adalah Sukan Olimpik Julai depan, jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei diingatkan tidak melepaskan peluang keemasan melakar hatrik menjuarai kejohanan tertua badminton dunia Seluruh England di Birmingham yang disingkap tirainya esok.

Ahli Panel Pasukan Prestasi Tinggi (HPT) Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj berkata, peluang melakar hatrik dalam kejohanan berprestij itu tidak harus dilepaskan oleh pemain 30 tahun itu kerana ia akan menobatkan namanya dalam catatan sejarah selaku pemain kedua negara memenanginya tiga kali berturut-turut selepas legenda Wong Peng Soon.
“Seluruh England adalah kejohanan berprestij dan sudah tentu menjadi kepuasan dan kebanggaan kepada mana-mana pemain memenanginya, apalagi mencipta hatrik. Lagipun, saya yakin andai dia berjaya, ia akan menguatkan keyakinannya untuk menghadapi London 2012,” katanya semalam.
James berkata, pemain kelahiran Pulau Pinang itu bagaimanapun tetap perlu berhati-hati dengan peningkatan prestasi seteru utama Lin Dan seperti yang dipamerkan juara empat kali Seluruh England itu ketika membenam Simon Santoso 21-11, 21-11 ketika mengungguli Terbuka Jerman, kelmarin.

“Namun, saya yakin kelebihan masih milik Chong Wei kerana undian menyaksikan dia tidak perlu berdepan dua pemain utama China, Chen Long dan Chen Jin dalam saingan peringkat awal kerana kedua-duanya diundi dalam undian sebelah bawah bersama Lin Dan,” katanya.

Walaupun tanpa kelibat Cheng Long atau Chen Jin, Chong Wei tidak dapat lari daripada bayangan pemain China kerana menantinya dalam pusingan pertama esok ialah pemain muda China, Wang Zhengming.

Begitupun pemain nombor satu dunia itu tidak harus berdepan masalah kerana rekod pertemuan jelas memihak Chong Wei yang memenangi semua empat pertemuan dengan pemain muda yang berada di ranking ke-16 dunia itu.
ME
ME

Posts : 1561
Join date : 2009-06-22
Location : KOTA KINABALU

Back to top Go down

Lee Chong Wei Empty Re: Lee Chong Wei

Post by ME Wed Mar 07, 2012 11:50 am

Lee Chong Wei 253
ME
ME

Posts : 1561
Join date : 2009-06-22
Location : KOTA KINABALU

Back to top Go down

Lee Chong Wei Empty Re: Lee Chong Wei

Post by ME Wed Mar 07, 2012 11:53 am

‘Chong Wei mampu ulangi’ Bharian online
1-3-2012
Lee Chong Wei 338

Harap dia dapat lakukan hatrik di Seluruh England: Seu Bock

HARAPAN meraih gelaran hatrik menjadi sasaran utama pemain nombor satu dunia, Lee Chong Wei pada Kejohanan Seluruh England di Birmingham pada 6 sehingga 11 Mac ini.

Jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock berkata tahap keyakinan diri dan stamina anak buahnya menghadapi kejohanan berprestij itu dilihat semakin memberangsangkan.
“Saya nampak tahap keyakinan dia (Chong Wei) lebih baik berbanding tahun lalu. Sasaran kami adalah dia dapat cipta hatrik kali ini.
“Kita bagaimanapun tidak mahu memberi tekanan supaya dia menang....harap Chong Wei menggunakan peluang ini sebagai pendedahan dan persediaan bagi menghadapi Sukan Olimpik di London Julai nanti,” katanya di Stadium Juara, semalam.

Juara edisi 2010 dan 2011 itu berada di laluan mudah apabila diundi menentang juara remaja dunia 2008 dan juara Asia 2010, Wang Zhengming dari China pada pusingan pertama sebelum bertemu perseorangan utama Indonesia Simon Santoso di pusingan kedua.

Lawan pemain Malaysia itu di suku akhir ialah Sho Sasaki dari Jepun. Di peringkat separuh akhir, Chong Wei dijangka bertemu sama ada Peter Hoeg Gade dari Denmark atau Lee Hyun Il dari Korea Selatan.

Tey juga menambah Chong Wei adalah pemain yang sentiasa bersedia dari segi mental dan fizikal apabila menghadapi setiap kejohanan dan perlu dicontohi pemain muda seperti Liew Daren, Mohammad Arif Abdul Latif dan Zulfadli Zulkifli.
ME
ME

Posts : 1561
Join date : 2009-06-22
Location : KOTA KINABALU

Back to top Go down

Lee Chong Wei Empty Re: Lee Chong Wei

Post by ME Wed Aug 08, 2012 11:28 am

in a quest for olympic's Gold... Dato Lee Chong Wei has shown the attitude every Malaysian should have... Tahniah Dato...

Lee Chong Wei Dlcw_110
ME
ME

Posts : 1561
Join date : 2009-06-22
Location : KOTA KINABALU

Back to top Go down

Lee Chong Wei Empty Re: Lee Chong Wei

Post by ME Wed Aug 08, 2012 11:29 am

ESPN commentator had this to say of him: "Lee Chong Wei is such a great guy, but Lin Dan is a bit arrogant. Skills win you medals, but attitude wins hearts.


Last edited by ME on Wed Aug 08, 2012 11:59 am; edited 1 time in total
ME
ME

Posts : 1561
Join date : 2009-06-22
Location : KOTA KINABALU

Back to top Go down

Lee Chong Wei Empty Re: Lee Chong Wei

Post by ME Wed Aug 08, 2012 11:31 am

DLCW memohon maaf melalui tweeter kerana tidak mendapatkan EMAS untuk malaysia... namun permohonan maafnya itu TIDAK PERLU ... menurut majoriti rakyat Malaysia. Dia sudah melakukan yg terbaik...

Lee Chong Wei Dlcw_210
ME
ME

Posts : 1561
Join date : 2009-06-22
Location : KOTA KINABALU

Back to top Go down

Lee Chong Wei Empty Re: Lee Chong Wei

Post by ME Wed Aug 08, 2012 11:43 am

Lee Chong Wei Dlcw_111
'Saya akan kembali di Rio'
Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my

Lee Chong Wei menunjukkan pingat perak Sukan Olimpik yang dimenanginya kepada Razali Ibrahim ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang semalam. - UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN

SEPANG - Selepas menerima sambutan wira sebaik tiba di tanah air semalam, jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menyuarakan kesediaaan untuk kembali ke pentas Olimpik di Rio, Brazil 2016 andai kudratnya masih mengizinkan.

Jaguh No. 2 dunia itu sebelum ini pernah mengumumkan bahawa Olimpik London adalah penyertaan terakhirnya dalam temasya sukan terbesar dunia dan dia bercadang untuk bersara pada 2014.

Chong Wei akan berusia 33 tahun apabila Olimpik 2016 berlangsung, namun bekas sifunya, Datuk Misbun Sidek percaya pemain itu masih mampu memberi tentangan kompetitif dalam tempoh tiga atau empat tahun lagi.

Chong Wei sendiri bersedia menangguhkan persaraan demi memenuhi impian memburu emas pertama Olimpik dengan syarat tahap fizikal dan kesihatannya masih baik mengizinkan.

"Saya akan tengok prestasi saya dalam tempoh dua tahun ini, kalau tidak mengalami kecederaan yang serius saya akan ke Olimpik 2016.

"Saya juga mahu lupakan kekecewaan di Olimpik London... terus ke hadapan dan fokus pada Kejohanan Dunia (2013) selepas ini," katanya sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini, semalam.

Tambah Chong Wei, meskipun terlepas peluang meraih emas buat kali kedua berturut-turut, namun pengalaman menyertai Sukan Olimpik sejak 2008 telah memberi banyak pengajaran kepadanya.

"Dahulu ketika menyertai Olimpik Beijing saya lebih terburu-buru untuk mendapatkan emas tetapi di London saya lebih tenang menghadapinya.

"Selepas ini tumpuan saya lebih kepada persiapan menghadapi Sukan Asia dan Sukan Komanwel dua tahun akan datang selain kejohanan dunia.

"Saya juga perlu menilai keupayaan saya dan keputusan diperolehi pada dua temasya penting itu sebelum membuat keputusan untuk menyertai Olimpik 2016," katanya lagi.

Sementara itu, ketibaan jaguh badminton negara itu semalam dinanti oleh lebih 1,000 peminat badminton tempatan yang berkumpul di Balai Ketibaan KLIA seawal pukul 6.30 pagi. Turut menyambut kepulangan Chong Wei, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim serta Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Nadzmi Mohd. Salleh.

Sebaik Chong Wei dan skuad badminton negara melepasi pintu Balai Ketibaan pada pukul 8.30 pagi semua penyokong berteriak memanggil namanya sambil melaungkan 'Malaysia Boleh'.

Dalam pada itu, Chong Wei berkata, dia amat terharu dengan sambutan tersebut dan menyifatkan ia sebagai suatu penghormatan buatnya.

"Saya berterima kasih kepada semua yang hadir dengan sambutan sebegini meskipun tidak seramai ketika saya meraih perak di Beijing pada 2008," kata Chong Wei.

Juara All England dua kali itu bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya mengenai kenyataan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, M. Manoharan yang memperlekehkan kekalahannya kepada Lin Dan pada perlawanan akhir, Ahad lalu.

"Saya tidak tahu hendak cakap apa, sebab saya belum tengok atau baca apa yang dia tulis," ujar bekas jaguh No. 1 dunia kelahiran Pulau Pinang itu lagi.
ME
ME

Posts : 1561
Join date : 2009-06-22
Location : KOTA KINABALU

Back to top Go down

Lee Chong Wei Empty Re: Lee Chong Wei

Post by ME Wed Aug 08, 2012 11:47 am

Chong Wei belum fikir Olimpik 2016, tapi tak tolak kemungkinan beraksi
Oleh BORHAN ABU SAMAH

SEPANG 7 Ogos - Datuk Lee Chong Wei yang baru pulang dari Olimpik London selepas menggondol pingat perak acara badminton, belum memikirkan sama ada beliau akan beraksi di Olimpik Rio De Janeiro pada 2016, namun tidak menolak kemungkinan beraksi.

Katanya, jika prestasi pada tahun-tahun mendatang memberangsangkan dan jika tidak mengalami sebarang kecederaan, beliau mungkin akan menimbangkan untuk beraksi di Olimpik lagi.

Mnurut Chong Wei, beliau kini mahu memberi tumpuan kepada sirkit kejohanan-kejohanan lain dunia seperti peringkat Asia dan Komanwel.

"Untuk saya, saya tidak fikir jauh dulu (Olimpik 2016). Untuk saya, saya mahu lebih sedia untuk kejohanan Asia dan Komanwel, mungkin selepas dua tahun dan tengok keadaan macam mana.

“Jika keadaannya (saya) tak alami kecederaan, saya mungkin pertimbangkan untuk (beraksi pada Olimpik) 2016," jelas pemain No. 2 dunia itu di sini hari ini.

Chong Wei, yang ditemui pemberita semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, juga menyatakan rasa terharu dengan sambutan ratusan penyokong beliau yang melaung nama jaguh badminton negara itu.

Dalam pada itu Chong Wei enggan mengulas ketika ditanya tindakan pemimpin pembangkang dari DAP, M. Manoharan yang memperlekeh semangat juang yang ditunjukkan oleh beliau.

Sementara itu Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Nadzmi Mohd. Salleh mengakui adalah sukar untuk mencari pengganti Chong Wei pada masa ini untuk mewakili Malaysia ke sukan Olimpik pada 2016.

Menurut beliau, BAM boleh melahirkan pemain badminton bertaraf dunia melalui rejim latihan tertentu, tetapi untuk menjadi jaguh yang mampu memenangi kejohanan dunia ia memerlukan bakat dan potensi atlet itu sendiri.

Masalah itu, jelas beliau, bukan sahaja dihadapi oleh Malaysia, bahkan negara China dan Indonesia yang merupakan kuasa badminton dunia, yang tidak dapat mencari pengganti Lin Dan dan Taufik Hidayat.

Sehubungan itu, ujar Nadzmi, beliau mahu persatuan peringkat negeri supaya lebih agresif mencari dan mengenal pasti bakat-bakat baru dalam sukan badminton untuk diketengah.

Jangan lupa untuk ikuti laporan video mengenai sambutan kepulangan dan temu bual Chong Wei itu di Utusan Online. - UTUSAN ONLINE
ME
ME

Posts : 1561
Join date : 2009-06-22
Location : KOTA KINABALU

Back to top Go down

Lee Chong Wei Empty Re: Lee Chong Wei

Post by ME Wed Aug 08, 2012 12:29 pm

Komen terhadap Chong Wei, Manoharan mohon maaf

Harakahdaily, 07 Ogs 2012

KUALA LUMPUR: Selepas dikritik banyak pihak termasuk pimpinan Pakatan Rakyat sendiri, Adun Kota Alam Shah, M. Manoharan akhirnya memohon maaf kepada pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

"Saya secara ikhlas berharap permintaan maaf saya akan diterima," kata beliau menerusi Twitter tengahari ini.

Permohonan maaf itu ekoran tindakan beliau sebelum ini mengeluarkan komen berhubung kekalahan tipis Chong Wei itu kepada Lin Dan di temasya Olimpik 2012 kelmarin yang kemudiannya dikritik hebat.

Dalam kenyataan yang juga dibuat melalui twitter itu kelmarin, dia mengatakan Lin Dan telah menang dan dia bermain lebih baik daripada "Lee Chong AWAY...".

Kenyataannya itu menimbulkan kemarahan peminat sukan badminton tanah air yang kemudian tampil mengkritik sikap wakil rakyat itu.

"Saya amat menyesal dengan komen-komen yang saya keluarkan dan menghulur permohonan maaf sepenuh hati kepada Datuk Lee Chong Wei dan keluarganya," kata beliau lagi.

Pagi ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut mengecam kenyataan Manoharan semalam yang menyifatkannya sesuatu yang sangat tidak sensitif.

Kecaman sama turut diutarakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui twitternya hari ini yang menyifatkan ulasan wakil rakyat DAP itu sebagai tidak bijak.
ME
ME

Posts : 1561
Join date : 2009-06-22
Location : KOTA KINABALU

Back to top Go down

Lee Chong Wei Empty Re: Lee Chong Wei

Post by Joe Wed Aug 08, 2012 10:04 pm

hahahaa... dlm ramai2, tiba2 dia yg bagi komen tdk baik... klupun kecewa & tdk puas hati dgn mainan LCW, cakap dgn kawan2 sj, jgn masukkan dlm twitter...

komen saya sendiri, mgkin lebih baik LCW guna strategi menyerang... jgn banyak bertahan atau main net, drop... sb sama2 pemain dunia juga... besar peluang menang jika banyak menyerang... saya nampak dia banyak main bertahan, bermain jaring & drop shj...
Joe
Joe

Posts : 44
Join date : 2011-07-31

Back to top Go down

Lee Chong Wei Empty Re: Lee Chong Wei

Post by ME Thu Aug 09, 2012 8:02 am

ya... kalau tengok serangan dia pun memang berbisa juga tp sya tdk faham kenapa dia tidak menyerang... mungkin jurulatih yg arah barangkali.... sbb dlm banyak keadaan mmg jurulatih yg atur strategi...
ME
ME

Posts : 1561
Join date : 2009-06-22
Location : KOTA KINABALU

Back to top Go down

Lee Chong Wei Empty Re: Lee Chong Wei

Post by Joe Thu Aug 09, 2012 8:31 pm

hari ini saya bercerita dgn seorg kawan, dia cakap LCW tdk mau bermain agresif (attacking) kerana konon tdk mau 'memancing' di Lin Dan utk lebih lagi agresif, hehhee... bermakna konon tdk mau si Lindan lagi ganaslah... Very Happy tp sdh banyak kali jumpa, banyak kali kalah, kenapa masih mau kekalkan bermain secara sopan santun? Laughing klu mau menang mesti mau ganas... tdk tau apa arahan/strategi jurulatihnya... tengok si Hafiz Hashim, tinggi lampai tp asyik kalah sj sb lemah-lembut... Laughing
Joe
Joe

Posts : 44
Join date : 2011-07-31

Back to top Go down

Lee Chong Wei Empty Re: Lee Chong Wei

Post by ME Wed Aug 22, 2012 9:31 am

tu la tu yg sampai ramai yg mahu jurulatih dan kepimpinan BAM utk letak jawatan... sebab byk strategi tidak menjadi sedangkan pemain bukan calang2 juga sebenarnya...

pernah LCW komen juga dalam temu bual mengatakan ..."selepas game pertama saya dapat rentak, game kedua coach kata main secara attack.. maka saya pun main secara attack...",,, maksudnya strategi memang diatur oleh coach...

kalau kita tengok pelapis spt zulfahmi, iskandar zulkarnain, chong wei feng, darren liew.... semua main bagus sebenarnya... tp inda tau kenapa dorang sudah sampai umur 25 thn pun masih inda menyengat...

sya rasa memang TOP managment yg punya masalah..
ME
ME

Posts : 1561
Join date : 2009-06-22
Location : KOTA KINABALU

Back to top Go down

Lee Chong Wei Empty Re: Lee Chong Wei

Post by Joe Mon Aug 27, 2012 11:11 am

Agak menghairankan Malaysia ketandusan bakat... mungkin disebabkan birokrasi atau apa... atau mungkin disebabkan badan BAM sendiri yg tdk sempurna sistem sehingga kita sehingga skrng masih lg bergantung kpd LCW yg umur semakin lanjut... tdk spt negara China, jika semua pemain utamanya bersara drpd badminton skrng pun, serta-merta ada penggantinya... hebat lg tu... Very Happy
Joe
Joe

Posts : 44
Join date : 2011-07-31

Back to top Go down

Lee Chong Wei Empty Re: Lee Chong Wei

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum